Monday, July 14, 2014

The Magic of Noxxa Breadmaker: Kek Pisang Ekspress




Hari ini saya nak ajak kawan-kawan buat kek pisang ekspress. Kek pisang ekspress ini saya masak menggunakan bread maker kesayangan saya...Noxxa 3 in 1 Bread Maker. Saya pernah ceritakan tentang bread maker kesayangan saya dalam post INI (Breadmaker).

Kek pisang ini memang ekspress, kita hanya perlu campakkan semua bahan ke dalam bread maker and the magic begins!!

Kek pisang ekspress ini memang menjadi kegemaran saya semasa bulan puasa.... senang, cepat, dapur pun tak kotor. Tak perlu susah-susah nak membasuh banyak bekas. Apa yang perlu dibasuh hanyalah penyukat khas bread maker dan juga bekas kek.

Resepi untuk memasak kek pisang ini ada disediakan di dalam buku resepi Noxxa Bread Maker.

Apa yang saya suka pada rasa kek pisang ini adalah rasa masam-manis yang datang daripada pisang dan juga susu masam. Jarang resepi kek pisang yang saya jumpa menggunakan susu masam. Sebab itulah kek pisang ekspress ni saya rasa sangat sedap dan istimewa. Pertama kerana rasanya yang sedap dan kedua kerana ia sangat memudahkan kerja saya.

Cara membuat kek pisang ekspress.

1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas pengadun/pembakar menggunakan resepi yang disediakan oleh Noxxa Bread Maker.


2. Masukkan bekas pengadun/pembakar ke dalam oven.

3. Setkan oven mengikut resepi yang disediakan.


4. Tunggu kek di adun dan dibakar. Kek akan siap di bakar dalam masa 1 jam 15 minit.

5. Oven akan berbunyi menandakan kek sudah masak dan sedia di keluarkan daripada oven. Keluarkan bekas pengadun/pembakar kek dan biarkan sejuk sedikit. Bila kek sudah suam-suam, terbalikkan kek dan keluarkan kek dari bekas pengadun.


P/S: Kek akan berlubang sedikit di tengah bahagian bawah. Tak perlu risau, bila kek sudah dipotong kecil-kecil, lubang tadi tidak akan kelihatan lagi.

Mudah kan? Dapur pun tak kotor dan tak perlu banyak sangat membasuh bekas. Masa memasak kek pun jimat, boleh memasak juadah berbuka yang lain sambil masak kek.


Thursday, July 10, 2014

Aisya's 5th Birthday


Alhamdulillah, 30 Mei 2014 Aisya genap 5 tahun...Happy Birthday my Little Monster, I love you soooo much!! These last five years have flown by in the blink of an eye.

Tahun ni, 30 Mei jatuh pada hari Jumaat. Alhamdulillah, Aisya dapat sambut dengan kawan-kawan di sekolah.

Saya sediakan Chocolate Banana Cupcake untuk semua kawan-kawan kelas Aisya.



Aisya excited sangat dapat sambut birthday dengan kawan-kawan kat sekolah. Ye la, selama ni asyik sambut birthday orang jer...

Kebiasaannya di sekolah, mereka akan nanyikan lagu selamat hari jadi dalam 2 bahasa...English dan juga dalam French.



Kawan-kawan Aisya sedang menikmati cupcake mereka sambil makan snack yang dibawa dari rumah masing-masing.



Selain daripada cupcake, saya juga sediakan handmade crochet finger puppet untuk semua orang termasuk untuk cikgu Aisya. Gambar proses menyiapkan semua 15 fingger puppet ni saya ada kongsikan di dalam Instagram. Macam-macam bentuk haiwan, bunga dan kartun telah saya crochet. Akhir sekali, saya cucuk kan fingger puppet dengan Chupa Chups. Idea ini saya dapat daripada Pinterest.

( Aisya bergambar dengan kad birthday yang diberikan oleh guru kelas Aisya...Miss Linda dan Miss Stephanie)

Pada hari jadi Aisya yang ke 5 ini, mama nak mengingati apa yang Aisya suka pada saat ini....

1. When Aisya grows up Aisya wants to be a firefighter.

2. Aisya likes playing pretend with Kakak. 

3. Aisya boleh main seorang diri bersama semua mainan kecil (miniature). Aisya ada collection haiwan, lalaloopsy, smurf dan pelbagai karektor mainan miniature.

4. Aisya's favorite games are playdoh and barbie.

5. Aisya rajin tolong mama jaga Alya. Thank you Aisya...

6. Aisya suka makan sos tomato. Aisya boleh makan apa sahaja dengan sos tomato. Yang paling menarik, Aisya boleh cicah roti dengan sos tomato.

7. Aisya suka sangat makan spagetti bolognese dan fries.

8. Aisya suka warna biru dan pink.


Selain sambut birthday Aisya di sekolah, kami sambung sambutan harijadi si Little Monster ni di rumah pada malam itu.



Nyanyian lagu harijadi bersama dan bergambar bersama sekeluarga.

Walaupun sambutan yang sangat simple tapi Alhamdulillah Aisya happy.

Malam ni, Little Monster Aisya pakai bunga pink yang mama crochet.


Masa untuk funny faces, kegemaran Aisya..Aisya suka sangat kalau posing funny face, itu memang trademark Aisya.

Happy Birthday Aisya....

Semoga Aisya menjadi insan yang berguna, solehah dan sayangkan kami semua....

Tuesday, July 8, 2014

Juadah Ramadan: Puding Roti Lestari

Assalamualaikum semua... Selamat menjalani ibadah puasa.

Dalam bulan puasa ni rasanya makanan yang paling mendapat sambutan biasanya adalah manisan (dessert)

Dan sudah pasti, antara dessert yang paling popular biasanya adalah puding. Yela kan, puding yang sejuk memang sangat sedap dimakan sesudah seharian berpuasa.


Jadi, hari ini saya nak berkongsi cerita tentang puding roti kegemaran Encik Suami. Resepi asal adalah daripada Ibu Mertua tersayang.

Disebabkan Encik Suami ni suka sangat dengan puding ni, Ibu mertua saya terus ajarkan pada saya macam mana nak buat puding ini walaupun saya tak minta pun masa tu hehehe... Tapi, Alhamdulillah, saya tak menyesal belajar masak puding ini dari Ibu Mertua sebab saya pun suka sangat dengan puding roti ni.

Saya pernah mencuba puding roti menggunakan resepi lain, tapi puding roti Ibu Mertua saya ni memang tetap terbaik bagi saya. Puding roti ini tak muak dan kalau dah start makan memang susah nak berhenti... :-)

Semenjak saya upload gambar puding roti saya dalam Instagram dan Facebook, banyak pula permintaan daripada rakan-rakan yang inginkan resepi puding ni.

Alhamdulillah, hari ini dapat saya berkongsi resepi Puding Roti Warna-Warni ni untuk tatapan kawan-kawan.

Resepi Puding Roti Warna-Warni

Bahan-bahan:

Roti putih 4-5 keping yang dibuang kulitnya.
1 paket agar-agar straw.
1 tin susu cair.
Gula pasir.
1 sudu besar tepung jagung.
1 biji telur.
1 biji oren Sunkist yang diambil jusnya.
3 Pewarna makanan yang berbeza (ikut kreativiti masing-masing).

Cara membuatnya:

1.Untuk memastikan masa memasak agar-agar tidak lama, rendamkan agar-agar selama 2-3 jam sebelum. Ini akan memendekkan masa memasak agar-agar.

2. Bahagikan agar-agar tadi kepada 2 bahagian yang sama rata. Masak satu bahagian agar-agar dengan air sebanyak 3 1/2 gelas (Lagi satu bahagian agar-agar biarkan direndam). Bila agar-agar sudah hancur, masukkan 10 sudu besar gula pasir. Masak agar-agar dan gula sehingga sebati. Bahagi kepada 3 bahagian agar-agar yang dimasak tadi dan titikkan 3 pewarna berbeza dan sejukkan dalam peti sejuk. Potong kecil-kecil agar-agar yang sudah keras (Biasanya saya buat step ini malam sebelumnya, tapi terpulang masing-masing).

3. Sekarang masanya untuk masak agar-agar yang masih berendam dalam air tadi. Masakkan dengan 4 cawan air. Apabila agar-agar sudah hancur masukkan 11 sudu gula.

4. Sambil menunggu agar-agar masak, rendamkan roti dengan susu cair dan hancurkan menggunakan garpu di dalam mangkuk.

5. Pecahkan telur dan tapis masukkan ke dalam roti yang sudah hancur tadi.

6. Masukkan jus sunkist ke dalam roti dan telur tadi.

7. Apabila agar-agar sudah sebati bersama gula, masukkan roti hancur tadi dan kacau rata. Perlahankan api kepada api sederhana.

8. Campurkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam agar-agar dan kacau rata. Biarkan seketika. Bila sudah sebati tutup api dan alihkan daripada dapur.

9. Ambil bekas yang sesuai, taburkan agar-agar warna-warni yang telah dipotong kecil dan selangkan dengan agar-agar roti. Lakukan langkah ini sehingga agar-agar roti habis (agar-agar warna-warni diselang-selikan dengan agar-agar roti).

10. Sejukkan di dalam peti sejuk.


Selamat Mencuba...

Sharing is Caring!!



Wednesday, July 2, 2014

Kuih Seri Muka

Salam Ramadhan buat semua..Selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat beramal di bulan Ramadhan!
Mohon maaf zahir batin dunia akhirat. Semoga ibadah kita di terima di sisi Allah.

Hari ini saya nak berkongsi resepi kuih kegemaran keluarga saya..Kuih Seri Muka. Cepat dan mudah (trust me).

Sejak kami berpindah ke Dakar ni terasa suka sangat buat kuih seri muka. Kuih ni pun sudah menjadi kuih kegemaran Aira dan Aisya selain daripada kuih lapis. Kalau buat kuih seri muka ni memang cepat habis, kadang-kadang sampai berebut-rebut.


KUIH SERI MUKA

Ada dua bahagian yang perlu kita sediakan untuk membuat kuih seri muka iaitu bahagian bawah dan bahagian atas:

BAHAGIAN BAWAH

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut direndam (tapi kadang-kadang kalau nak cepat saya tak rendam pun...hehehe)
2 cawan santan cair
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

Untuk menyukat, gunakan cawan yang sama untuk semua bahan. Saya biasanya gunakan penyukat beras.


Cawan yang saya gunakan untuk menyukat bahan-bahan.


Saya gunakan PERIUK NASI saya untuk mengukus dan timer telur pemberian Kak Junaidah (masa di Bahrain) untuk memastikan kuih seri muka saya menjadi.

Cara membuat

1. Sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan santan dan pulut ke dalam loyang (pastikan santan dan pulut pada paras yang sama).
3. Kukus selama 25 minit.
4. Setelah masak, mampatkan pulut dan kukus semula untuk 15 minit.


BAHAGIAN ATAS

Bahan-bahan

2 cawan santan pekat
150 ml air dan 15 helai daun pandan yang diblend dan ditapis.
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir (kalau nak manis boleh guna 1 cawan gula).
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau


Blend daun pandan dengan 150ml air dan tapis.

Sila gunakan air pandan yang ditapis, bukan daun pandan tu tau (pengalaman sendiri masa pertama kali buat ...hahaha).

Cara-cara membuat

1. Masukkan semua bahan lapisan atas tadi ke dalam mangkuk dan kacau rata.


2. Setelah rata, tapiskan adunan tadi dan tuang ke atas pulut yang telah dikukus tadi.
3. Untuk hasil yang lebih cantik, tutup loyang dengan foil untuk mengelakkan air kukusan masuk ke dalam loyang. 
4. Kukus selama 1/2 jam.


Selesai sudah!!
Bon appetit !!

Selamat Berbuka Puasa!!

Monday, June 16, 2014

Outing to African Monument

(Monument de la Renaissance Africaine)

Pada hujung minggu, tak tau apa nak buat. Maka en suami pun mencadangkan untuk kami buat lawatan ke Monument de la Renanissance Africaine, Dakar. African Monument ni ala-ala macam tugu negara yang kita ada di Malaysia.


Monument setinggi 49 meter ini dibuat dari gangsa dan dibina oleh Korea Utara untuk Senegal dengan kos sebanyak USD27 juta. Ia dibina di atas bukit setinggi 100 meter menghadap Lautan Atlantik. Boleh dikatakan monument ini adalah binaan tertinggi di Dakar. Kalau kita berjalan di sekitar kawasan Corniche dan Oukam, kita boleh nampak monument ini walaupun dari jauh.





Alya pun nak posing sama macam kakak-kakak dia.


Kami tak naik sampai atas. Lawatan kami hanya sampai separuh jalan sahaja sebab saya rasa gayat separuh jalan..haha..



Itu adalah orang tempatan. Dia pakai baju tempatan Senegal. Meriahkan warna baju dia? Glamour pulak tu. Saya yang jakun ni terperanjat. Pada mulanya saya ingat ada sesi photography kat monument, tapi rupa-rupanya dia memang pakai baju cantik-cantik untuk berehat bersama keluarga kat situ.


Dalam perjalanan pulang dari African monument, kami singgah Mami Mia untuk makan Ice Cream. Di Dakar memang banyak kedai Ice cream. Kebiasaanya, kalau kedai ice cream pasti ada jual roti (bakery) sekali.

Macam-macam perasa ice cream dan juga roti ada di sini.

Kalau singgah, pasti akan rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.


Happy Weekend everyone!!!

Monday, June 9, 2014

Tingkatkan Keyakinan Diri Anak (3): Great! Great! Great!


Keyakinan diri boleh dibentuk dari kecil. Bagaimana cara seseorang itu mengharungi zaman kanak-kanak banyak mempengaruhi karakter mereka. 

Sebagai ibubapa kita memainkan peranan yang penting dalam memupuk jati diri anak kita. Kita diberi amanah yang sangat besar oleh Allah s.w.t. untuk menjadikan anak kita insan yang terbaik.

Saya ingin berkongsi usaha saya untuk meningkatkan keyakinan diri anak saya. Saya cuba gunakan panduan dari buku "Raise Your Child's Self-Esteem! 99 Easy Things To Do" oleh Nancy Krulik dan ilustrasi oleh Amanda Haley.





Dari 99 aktiviti yang boleh kita boleh lakukan bersama anak kita yang ada dalam buku ni, hari ini saya ambil contoh aktiviti 78.




Instead of asking your child how school was, try asking him to tell three great things he did that day. You're sure to love the answers you receive!


Kebiasaanya, kita sebagai ibubapa akan sentiasa bertanya kepada anak-anak bila mereka pulang dari sekolah "Macam mana sekolah tadi?" atau "Buat apa kat sekolah tadi?". Soalan seperti ini memang kita selalu dengar memandangkan sejak zaman kita kecil lagi soalan ini pun juga yang selalu ditanya oleh ibu bapa kepada kita.

Mungkin kalau soalan ini ditanya semasa hari pertama persekolah bagi anak-anak yang baru mula bersekolah jawapannya akan jadi menarik. Tetapi jika ditanya kepada anak-anak hampir setiap hari, soalan open-ended sebegini boleh membosankan anak-anak. Selain itu, soalan sebegini juga mungkin akan membuatkan anak fikir kita lebih memfokuskan kepada sekolah berbanding mereka. Oleh itu, jawapan  yang kita akan dengar adalah "ok", "biasa je" atau lebih teruk lagi anak-anak tak mahu menjawab pun soalan kita. Sudah pasti sebagai ibu dan bapa kita akan merasa sedih.

Tetapi jika kita tukarkan soalan biasa kita kepada soalan yang luar biasa. Kita akan dapat jawapan yang luar biasa juga!

Saya telah cuba mengamalkan kaedah ini dengan anak-anak saya. Kalau dahulu, bila mereka balik sekolah dan jika ditanya semua pun macam boring je nak jawab. Alhamdulillah, sejak saya tukarkan soalan saya, anak-anak jadi tak sabar-sabar nak bercerita tentang apa yang menarik mereka lakukan di sekolah pada hari itu.

Saya akan bertanya "What are three great things that YOU did in school today?" Kali pertama saya soal soalan ini, jawapan yang saya dapat adalah:

Aisya

1. "I finished my snack"

2. "Played in the playground with my friends"
3. "I packed my backpack by myself"

Aira

1. "I did my maths"
2. "Played in the playground with my friends (Aira sebut satu-persatu nama kawan-kawan)"
3. "Finished my writing... fiction story"


Tetapi lama-kelamaan, jawapan mereka bertambah panjang dan mereka mula bercerita tentang apa yang mereka lakukan di sekolah. Dan yang lebih menarik lagi, bila saya terlupa nak bertanya, mereka sendiri akan tak sabar-sabar nak bercerita three great things that they did in school...best kan...

Bila dah selalu tanya tentang GREAT things, adakalanya saya tukarkan terma berkenaan kepada SUPER!, AMAZING!

Kesimpulannya, apabila kita menukar cara bertanya kepada anak-anak dengan menggunakan perkataan lain dari kebiasaan, kita akan mendapat jawapan yang luar biasa! Anak-anak akan lebih seronok untuk bercerita dengan kita tentang apa yang terjadi di sekolah. InsyaAllah ia akan dapat membuatkan mereka berfikiran lebih terbuka, kreatif dan bersemangat untuk mengamalkan aktiviti-aktiviti positif di sekolah.

I believe that with the right support and encouragement, they would surprise us with their potential!!!

P/S: InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman saya dalam meningkatkan keyakinan diri anak saya setiap bulan.. Stay tuned.. :-)


Wednesday, June 4, 2014

A Gift for Teacher - Crochet Apple Cozy


Hadiah untuk guru akhir tahun? Pening juga saya fikirkan apa yang nak beri pada guru anak-anak dara ni. Saya nak mereka berikan hadiah handmade khas untuk guru-guru kelas mereka..

Crochet Apple cozy!! yeay!!

Pattern crochet ini dah lama saya simpan sejak kami di Bahrain lagi. Tapi disebabkan sibuk, tak pernah sempat untuk saya mencuba pattern ini. Pattern ini ada free pattern daripada blog Crochet N Play
.

Ini adalah hasilnya!! Its time for me to enjoy the view of my own work...hehehe.

Saya gunakan butang yang saya beli di Mr. DIY masa bercuti di Malaysia. Kebetulan butang-butang ini berwarna hijau sesuai dengan warna apple cozy saya.

Saya sediakan 4 apple cozy. 2 untuk guru kelas Aira dan Aisya dan lagi 2 untuk helper guru kelas masing-masing.


Apple cozy ni memang sesuai sangat dijadikan hadiah untuk guru. Ia sesuai untuk para guru bawa ke sekolah sebagai pembalut buah apple yang mereka bawa dalam lunch bag masing-masing. Apple cozy dapat melindungi  buah apple dan juga sebab yang paling utama...COMEL!!!

Thank you teachers!! hope you will enjoy the Apple Cozy!!!