Monday, October 26, 2015

Crochet Barefoot Sandal

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi hasil crochet saya iaitu "Barefoot Sandal".

Saya telah menggunakan pattern percuma daripada Two Girls Pattern. Saya telah olah sendiri pattern ini supaya sesuai dengan size kaki anak-dara saya. Saya juga crochet sandal ini supaya tidak perlu diikat, cuma sarung sahaja.


Barefoot Sandal ini sangat sesuai dipakai di dalam rumah. Anak dara saya memang suka main pretend pakai kasut di dalam rumah. Oleh itu, barefoot sandal ni memang sesuai sangat.


Ia adalah pattern yang sangat mudah. Projek ini boleh disiapkan dengan sekejap sahaja. Ia adalah projek ringkas, cepat dan mudah (betapa mudahnya projek ini, sebab banyak kali saya katakan mudah...hehe)


Pattern yang ditulis oleh Lorin dan Kris ini sangat mudah diikuti. Ia simple dan jelas. Pattern ini sangat-sangat mudah kerana bunga pada bahagian kasut ini dicrochet terus tanpa perlu ditampal kemudian. 


Saya crochet 3 barefoot sandal untuk Aira, Aisya dan juga Alya. Cuma Aira sahaja yang hendak bekerjasama untuk photoshoot ini. Gambar ini diambil di Amboise, France semasa kami bercuti pada tahun 2014.

Cerita tentang percutian kami di Amboise bolehlah CLICK disini.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Wednesday, October 21, 2015

Tingkatkan Keyakinan Diri Anak: Baking playdate

Assalamualaikum,

Minggu lepas, Aira dan Aisya adakan playdate beramai-ramai untuk kawan-kawan kelas mereka. Untuk kali ini, mereke menjemput 3 orang dari kelas Aira dan 3 orang dari kelas Aisya.

Untuk playdate ini, saya cadangkan kepada Aira dan Aisya untuk adakan "Baking Playdate". Ini adalah peluang mereka untuk bermain sambil membakar biskut choc chip dan decorate cupcake. Playdate adalah dari 3.30pm hingga 5.30pm. Mereka pulang dari sekolah bersama-sama dan terus datang ke rumah kami. Ibubapa masing-masing akan mengambil mereka pada 5.30 petang.



Untuk aktiviti menghias cupcake, saya sediakan bermacam-macam sprinkle toping dan letakkan di dalam tray cupcake supaya mudah untuk mereka menggunakan sprinkle.


Biskut Chocolate chip, saya gunakan resepi daripada blogger Azlita. Saya gunakan resepi Chewy Choc Chip ala Subway daripada blog Azlita masam manis. Saya telah sediakan adunan biskut pada malam sebelumnya dan disimpan di dalam peti sejuk.

Untuk cupcake pula, saya gunakan resepi daripada blog Azie Kitchen. Ia adalah resepi Chocolate Cupcakes Martha Stewarts. Saya bakar cupcake pada hari sebelumnya.


Sebelum memulakan aktiviti membaking, saya sediakan pizza untuk mereka makan. Pulang daripada sekolah, semuanya lapar. Sekelip mata, pizza semuanya lesap!!!


Selepas makan pizza, kami memula aktiviti baking. Mula-mula, mereka semua perlu membakar choc chip bersama-sama. Satu tray untuk kawan-kawan Aisya, dan lagi satu tray untuk kawan-kawan Aira. Masing-masing ikut giliran.


Sambil membakar choc chip cookies, aktiviti di teruskan dengan menghias cupcakes. Saya sediakan buttercream pelbagai warna. Saya menggunakan resepi butter cream daripada blog mas-dapurmas.blogspot. Butter cream ini sedap!!!

Selain butter cream yang dibuat sendiri, saya juga sediakan buttercream yang dibeli.




Mereka bukan sahaja seronok menghias cupcake, malah mereka seronok dapat makan semua sprinkle dan buttercream yang ada.


Selepas selesai menghias cupcakes masing-masing, saya kumpulkan cupcake dan biskut masing-masing di dalam bekas aluminium foil.




Mereka tandakan bekas masing-masing dengan nama mereka. Ibu bapa mereka datang mengambil anak-anak masing-masing pada 5.30pm. Masing-masing dapat membawa pulang cupcake dan juga choc chip cookies.

Alhamdulillah, baking playdate ini telah berjaya. Tiada buttercream dan sprinkle yang bersepah-sepah. Semuanya hanya comot di atas meja sahaja. Semua pun happy termasuk juga Aira, Aisya dan Alya...Yeay!!!

Mereka bukan sahaja berseronok bersama, malah dapat belajar sesuatu yang baru. Mereka dapat berkongsi cupcake dan biskut yang mereka hias bersama dengan keluarga mereka di rumah.

Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan self esteem anak-anak. Meningkatkan cara bergaul sambil belajar benda baru dan juga seronok dapat menjemput rakan kelas ke rumah.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Friday, October 16, 2015

Mickey Applique

 Assalamualaikum,

Lama rasanya saya tak berkongsi hasil crochet saya di sini. Hari ini saya nak berkongsi hasil crochet yang saya buat pada tahun 2014.

Pada tahun lepas, kami sekeluarga telah bercuti ke Disneyland Paris. Saya ingin Alya pakai baju yang ada kene mengena dengan Disneyland. Untuk menjimatkan masa dan juga duit, saya crochet applique Mickey Mouse untuk dilekatkan pada baju Alya. Saya suka projek shortcut macam ni!


Saya tak ikut mana-mana pattern. Ini adalah hasil rekaan saya sendiri. Saya hanya menggunakan stitch "single crochet" sahaja sehingga mendapat bentuk bulat kepala Mickey Mouse. Saya gunakan benang jenis "cotton thread" yang tebal.

Setelah siap crochet bentuk kepala Mickey Mouse, saya jahit pada baju onesie Alya secara jahitan tangan menggunakan benang yang sama warna dengan kepala Mickey Mouse.





 (Alya: Ucu, no picture please!!!......hehe)

Taraaa, siap!!! Senang kan...

Ketika ini Alya berumur 8 bulan. Bulat!!!!


Ini adalah projek crochet yang sangat simple dan mudah. Ia cepat untuk dihasilkan. Tapi hasilnya sangat cantik. Alya dapat pakai baju Mickey Mouse di Disneyland, Yeay!!!!


Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang.

Thursday, October 15, 2015

Alya Nur - 2 Years Old

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 11 Oktober 2015 genap Alya berumur 2 tahun.

Is this true? Cepat betul masa berlalu.


Kak Alya dah 2 tahun!!! Mama love you soooo much!! Dalam masa setahun ini, Alya banyak adapt dengan pelbagai perubahan dalam hidup Alya. Dapat adik baru (Mahathir) merupakan perubahan yang besar untuk Alya. Alya terpaksa untuk berhenti menyusu badan pada umur 8 bulan dan Alhamdulillah Alya dapat membiasakan diri dengan sungguh cepat dan mudah.

Alya juga terpaksa membiasakan diri dengan kedatangan Mahathir dalam keluarga kami. Mama terpaksa membahagikan masa mama peluk-peluk Alya dengan Mahathir. Terima Kasih Alya. Alya sungguh baik hati dan memahami yang Alya terpaksa menjadi kakak dalam umur yang sangat muda.



Pada harijadi Alya pada tahun ini, mama ingin mengingati apa yang Alya suka pada saat ini...

1. Alya suka bermain cak-cak (peekaboo) dengan Mahathir. Alya panggil Mahathir dengan panggilan "Thir".

2. Alya sudah mula pandai cakap beberapa perkataan (Mama, Kakak, Kak Aisya, makan, poopoo dan banyak lagi). Alya masih tak mahu sebut "Papa". Alya panggil Papa "Mama"...: )

3. Alya suka main dengan koleksi lalaloopsy Kak Aisya.

4. Alya tidak cerewet untuk makan. Alya makan apa sahaja. Tapi buat masa ini, Alya suka sangat makan makanan Mahathir.

5. Alya suka main baby seperti tidurkan baby, makan dan pretend babydoll poopoo.

6. Alya suka dengan rancangan TV Bubble Guppies dan Teletubbies.

7. Alya suka swim. Alya tak takut air langsung. Dia boleh swim di swimming pool dan juga air laut. Yeay for Alya!!!

8. Alya peramah orangnya, dia boleh bermain dengan siapa sahaja. Kalau stranger tegur dia pun dia boleh ikut. Tak takut orang!!!!

9. Alya tak berapa suka di cuddle ataupun di peluk cium. Alya hanya akan peluk cium bila Alya yang mahu sahaja.

10. Alya sudah mula pandai memilih baju yang hendak dipakai. Alya tak berapa suka pakai dress. Dia cuma suka dress yang ada gambar character yang dia minat sahaja seperti "Hello Kitty". Dress yang Alya pakai untuk birtday Alya ini pun Alya suka sebab gambar cupcake pada butang baju.


Untuk harijadi Alya tahun ini, saya buatkan Alya topi dan handbag kecil. Pada beg pula, saya jahit applique nombor 2. Topi dan bag ini matching dengan dress cupcake yang saya buatkan untuk Alya sebelum ini.



Topi dan handbag ini saya gunakan pola (pattern) daripada Kwik Sew K3767.  Pola ini adalah pemberian daripada Acu saya. Terima Kasih Acu. Alya suka dengan topi dan handbag kecil baru Alya.


Kakak dan Kak Aisya juga berikan hadiah istimewa untuk Alya pada tahun ini. Kak Aira buatkan katil berserta bantal kecil dan selimut untuk Alya main dengan patung Lalaloopsy.

Kak Aisya pula buatkan castle untuk Alya.

+

Alya, Aira dan Aisya sedang menikmati Moist Chocolate Cake yang mama buat untuk birthday Alya. Kami juga berikan satu biji chocolate cake untuk anak-anak kecil depan rumah yang kurang bernasib baik sempena meraikan harijadi Alya.


Happy Birthday Alya!! semoga Alya menjadi anak yang solehah, Sayangkan Mama, Papa, Kakak-kakak dan adik. We love you so much. You make being a mama so much fun and thank you for all the joy that you bring to our family.

Love you sooooo much!!

Love,

Mama.

Thursday, October 1, 2015

Throwback: Jalan-jalan New York 2014 (Fun at the park)


Assalamualaikum,

Pada bulan Oktober tahun lepas saya dan anak-anak telah berkunjung ke New York untuk melawat Encik Suami yang sedang bekerja di sana. Saya dan anak-anak telah pergi ke New York hanya untuk 3 minggu sahaja.

Favoutite Aisya...Chocolate Donut! Sepanjang kami di New York, memang mabuk Dunkin Donut!

Sepanjang di New York, Encik Suami terlalu sibuk dengan kerja. Kurang ada masa untuk bersama-sama dengan kami. Saya pula sedang sarat mengandungkan Mahathir ketika itu. Alya pula baru nak belajar berjalan, Alya baru je masuk 1 tahun pada masa tu.

Oleh itu, kami banyak menghabiskan masa bersiar-siar di sekitar midtown Manhattan sahaja pada hari-hari bekerja sementara menunggu Encik Suami cuti pada hujung minggu.

Saya dan anak-anak hiburkankan hati kami dengan berjalan dekat-dekat dengan kawasan apartment yang kami tinggal. Dengan adanya stroller untuk menolak Alya, kami dapat mengisikan masa lapang kami dengan pergi bermain di taman kecil yang ada disitu. Nama taman saya dah lupa.


Setiap hari, sama ada selepas ataupun sebelum makan tengahari, kami akan ke taman. Di situ, dapatlah anak dara saya berlari-lari. Maklumlah, apartment yang kami tinggal tu kecil, nak lari-lari dan bising tak boleh. Oleh itu, anak dara saya memang suka sangat kalau kami ke taman ini.



Aira pretend nak jadi squairrel. Kat sini, squirrelnya sangat besar.

Dalam gambar ni, squirrel ni tengah makan bangkai burung.

Masing-masing ponteng sekolah sebab nak berjalan di New York. Namun demikian, saya telah berjumpa dengan cikgu-cikgu mereka untuk dapatkan homework yang perlu dibuat sepanjang 3 minggu berkenaan. Bila dah selesai buat homework, barulah kami bertolak ke taman.

Selain kami berjalan ke taman, kami juga ada pergi ke library dan juga tak ketinggalan untuk teman saya bershooping. Tapi Aira tak suka shooping : ( 

Kalau pergi library dan park dia memang suka sangat. Pelik anak dara ni! (Ok, kekalkan tabiat ini ye Aira!)

Aira sedang menyiapkan homework. Menulis journal sepanjang trip ke New York.



Dalam perjalanan ke taman, kami akan lalu dengan bermacam-macam jenis cart yang menjual makanan tengahari. Ini adalah antara makanan kesukaan saya. Nasi dan tilapia goreng. Harganya sekitar USD6 agak berpatutan. Selalunya saya akan bungkus dan makan dengan anak-anak di bilik ataupun kami akan berpiknik makan di taman bersama-sama.


Aira akan meluangkan masa untuk bermain "monkey bar". Ini memang favourite Aira!


 Alya pula baru nak practise berjalan. Aisya memang rajin melayan adik.


Pada bulan Oktober, New York tehpun berada dalam musim luruh. Jadi cuaca emakin hari semakin sejuk. Oleh itu, masing-masing pakai topi yang saya crochet sebelum berangkat ke New York. Semasa berjalan di sana, ada yang tegur dan tanya mana beli topi ni. Dan saya pun dengan bangganya jawab yang topi tu saya yang crochet...: ) Pattern topi ini adalah "Little Sister Hat".





Dalam perjalanan kami ke taman tu, akan sentiasa ada pegawai polis yang menjaga jalan kat situ. Aira pun ambil kesempatan untuk bergambar. Di sebelah taman itu juga dekat dengan banggunan United Nation. Disebabkan kami dengan Alya yang masih kecil, kami tak berkesempatan untuk melawat ke dalam banggunan itu.


Alya yang lasak. Umur setahun dan masih bulat!!



Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post yang akan datang.